Sunday, October 14, 2018

HERODOTUS


1.0 PENGENALAN


Herodotus hidup sekitar abad ke-5 sebelum masihi(SM) sekitar tahun 484 SM sehingga 425 SM di Halicarnassus, Turki. Herodotus berasal daripada keluarga yang kaya dan selalu punya banyak wangnya sendiri.Beliau mengabdikan hidupnya untuk mencuba menjelaskan bagaimana kemenangan dalam peperangan Greco-Parsi yang menjadi sejarah. Herodotus adalah seorang sejarawan Greek yang meluas dirujuk sebagai "Bapa sejarah” oleh Cicero.  Herodotus merupakan seorang tokoh besar dalam sejarah Greek, beliau adalah sejarawan pertama diketahui telah melanggar tradisi Homeric untuk menyedarkan orang ramai supaya mendalami mata pelajaran sejarah sebagai satu kaedah siasatan. Beliau mengumpul bahan-bahannya secara sistematik dan kritikal. Kemudian beliau menyusunnya ke dalam cerita historiografi iaitu merupakan teori, teknik dan prinsip dalam mengkaji dan mendalami ilmu sejarah. Walaupun beliau hanya mengubah dan menyedarkan masyarakat tentang sejarah namun rekod beliau telah menjawab persoalan tentang asal usul peperangan Greco-Parsi. Semasa Herodotus tinggal di Thurii untuk sementara waktu dan pada akhirnya memutuskan kembali ke Athena pada tahun 432 SM. Setelah beberapa tahun selepas itu, Herodotus telah meninggal dunia di Athena antara tahun 426 SM hingga 415 SM.


2.0 KARYA HERODOTUS

 “THE HISTORY OF HERODOTUS” 

The History of Herodotus merupakan tulisan sejarah pertama yang dibuat secara objektif dan ilmiah mengenai perang antara Yunani dengan Persia. Terdapat 9 buku sejarah yang dikaryakan oleh Herodotus pada zamannya. Herodotus mengambil pengalaman atas pengembaraannya sama ada apa yang dilihat, didengar, dirasakan olehnya. Dalam karyanya, Herodotus menggambarkan latar belakang yang berkaitan bagaimana terjadinya perang Yunani dengan Persia, termasuk situasi politik di beberapa negara kota Yunani. Ia juga menggambarkan keadaan Persia yang sangat maju dalam bidang militer serta kemenangan bangsa Yunani setelah melakukan serangkaian peperangan. Sebuah cara penceritaan yang tidak menjadi kebiasaan pada masa beliau ketika membuat sebuah kisah amat menjadi inspirasi pada abad seterusnya. Penggambaran sejarah dengan gaya naratif seperti yang dilakukan oleh Herodotus melalui berbagai tulisannya sangat mempengaruhi sejarawan dan penulis yang hidup ribuan tahun selepasnya dan karya-karyanya sehingga ke saat ini masih menjadi rujukan penting pada penulisan sejarah.

3.0 FALSAFAH HERODOTUS

3.1 GEOGRAFI
 Tokoh yang termasuk dalam kategori geografi klasik, iaitu Herodotus (485-425 SM) yang mengemukakan bahawa hubungan perkembangan masyarakat dengan faktor-faktor geografi di wilayah yang bersangkutan sangat erat. Pada tahun 450 SM beliau telah membuat peta dunia dan membahagi dunia menjadi tiga bahagian iaitu kawasan  Eropah, Asia, dan Libya (Afrika). Berdasarkan pandangannya, di satu pihak ia dianggap sebagai ahli sejarah, sedangkan di lain pihak ia juga dipandang sebagai ahli Geografi. Kefahaman geografinya bersifat Filosofis. Berkenaan dengan bentuk bumi, Herodotus mempunyai pandangan bentuk bumi adalah bulatan yang tersusun oleh dua lapisan bulanan iaitu lapisan pertama terdiri dari zat padat dengan air dan lapians kedua yang mengelilingi lapisan pertama terdiri dari wap pada lapisan bulatan pertama kerana faktor panas oleh matahari. Peta yang dibuat Herodotus merupakan satu bulatan yang mencakup benua-benua yang dikelilingi lautan.

RUJUKAN
MYRES, J. L. Herodotus, Father of History. New York: OXFORD UNIVERSITY PRESS, 1953
https://study.com/academy/lesson/herodotus-biography-books-history.html
https://www.jw.org/id/publikasi/majalah/g201509/herodotus-bapak-sejarah/