Posts

Showing posts from 2018

HERODOTUS

Image
1.0 PENGENALAN Herodotus hidup sekitar abad ke-5 sebelum masihi(SM) sekitar tahun 484 SM sehingga 425 SM di Halicarnassus, Turki. Herodotus berasal daripada keluarga yang kaya dan selalu punya banyak wangnya sendiri.Beliau mengabdikan hidupnya untuk mencuba menjelaskan bagaimana kemenangan dalam peperangan  Greco-Parsi  yang menjadi sejarah.   Herodotus adalah seorang sejarawan Greek yang meluas dirujuk sebagai "Bapa sejarah” oleh  Cicero.    Herodotus merupakan seorang tokoh besar dalam sejarah Greek, beliau adalah sejarawan pertama diketahui telah melanggar tradisi Homeric untuk menyedarkan orang ramai supaya mendalami mata pelajaran sejarah sebagai satu kaedah siasatan. Beliau mengumpul bahan-bahannya secara sistematik dan kritikal. Kemudian beliau menyusunnya ke dalam cerita historiografi iaitu merupakan teori, teknik dan prinsip dalam mengkaji dan mendalami ilmu sejarah. Walaupun beliau hanya mengubah dan menyedarkan masyarakat tentang sejarah namun rekod beliau t